English

MARI DAPATKAN SEJUTA ORANG UNTUK WHITE HELMETS

SOKONG WIRA-WIRA KEMANUSIAAN

Setiap hari di Syria, pekerja penyelamat sukarelawan daripada White Helmets bergegas ke tempat kejadian pengeboman untuk mengeluarkan mangsa-mangsa daripada runtuhan dan membawa mereka ke tempat selamat. Kerja menyelamat yang berani dan tanpa memikirkan diri telah memberikan harapan kepada berjuta rakyat.

White Helmets bukanlah kumpulan adiwira. Bekas tukang jahit, pembuat roti, guru dan rakyat biasa Syria ini bersatu pada tahun 2013 untuk menyelamatkan nyawa mereka yang diancam. Mereka telah menyelamatkan lebih daripada 73,530 nyawa. Oleh kerana kerja sukarelawan yang mereka lakukan, para sukarelawan White Helmets dan pusat pertahanan awam mereka sering menjadi sasaran. Kapal terbang regim Rusia dan Syria mengebom orang awam dan mereka berpatah balik untuk mengebom pekerja penyelamat dan pekerja perubatan yang datang membantu.

Marilah bersama-sama membantu menggantikan peralatan menyelamat dan ambulan yang rosak semasa pengeboman. Mari belikan mereka penggali agar mereka boleh menarik keluar konkrit berat yang menimpa mereka yang terselamat yang terperangkap dalam runtuhan. Mari sediakan penjagaan perubatan untuk White Helmets yang tercedera dan menjaga keluarga 146 sukarelawan yang terbunuh semasa bertugas.

Bantulah kami mengumpul wang yang cukup dari seluruh dunia agar setiap dari White Helmets tahu bahawa kerja mereka disokong oleh kasih sayang dan sokongan daripada masyarakat seluruh dunia.

Berikan apa yang anda mampu - para sukarelawan yang berani ini memberikan segalanya.

MENYELAMATKAN SATU NYAWA ADALAH MENYELAMATKAN KEMANUSIAAN

3,000 para sukarelawan White Helmets bersatu dengan moto mereka iaitu "menyelamatkan satu nyawa adalah menyelamatkan kemanusiaan". Mari bantu misi mulia mereka.

Gogal keselamatan

Gogal keselamatan

$4.68
Pelindung siku dan lutut

Pelindung siku dan lutut

$48.02
Kit pertolongan cemas

Kit pertolongan cemas

$89.23
Pemadam api

Pemadam api

$93.34
Topi keledar

Topi keledar

$144.64
Tali menyelamat

Tali menyelamat

$218.83
Malam di unit rawatan rapi

Malam di unit rawatan rapi

$300.00
Ambulan

Ambulan

$15,000

100% wang yang dikumpul disalurkan kepada White Helmets. Sumbangan anda akan mengubah hidup penyelamat Syria - sila derma seikhlasnya.

Syria Campaign menganjurkan kutipan derma ini. Kami adalah kumpulan advokasi global yang berdedikasi dalam penggemblengan sokongan seluruh dunia untuk Syria yang bebas dan aman. Pertama kali kami mendengar kisah inspirasi White Helmets pada awal 2014 dan sejak dari itu kami telah berusaha mendapatkan mereka profil, penghormatan dan dana yang sangat-sangat mereka perlukan. Syria penuh dengan wira, begitu juga dengan White Helmets.

Derma diproses melalui "The Voices Project" yang mana nama sah bagi Syria Campaign - didaftarkan di Britain. Syria Campaign/Voices Project tidak menerima wang daripada kutipan derma ini dan semua wang yang dikumpul akan terus disalurkan kepada White Helmets.

Untuk maklumat lanjut mengenai White Helmets dan The Syria Campaign, semak pautan ini:

www.whitehelmets.org
www.thesyriacampaign.org

Untuk berhubung dengan penganjur kempen, e-mel [email protected]

Polisi Privasi